Saturday 8 February 2014

Pegawai-pegawai Utama Persekutuan Pengakap Malaysia

Penaung Utama
YANG DIPERTUAN AGONG
Kebawah DYMM Sultan Al'Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al'Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Presiden Agong
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Timbalan Presiden Agong
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin

KETUA PENGAKAP MALAYSIA
Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh

KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
YH. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman

Monday 20 May 2013

Berkhemah

Matlamat :

1. Melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab.

2. Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah.

3. Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran.

4. Melatih berdikari.

5. Mengeratkan tali persaudaraan antara pengakap mahupun di antarabangsa

6. Menggalakkan mendapat lencana-lencana kemajuan dan kepandaian.

7. Menyedarkan pengakap agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan.

Daripada berkhemah, pengakap dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran yang di ajar dalam pengakap. Pengakap dapat berlatih memasak, bermain, belajar, bekerja dan bersuka ria bersama rakan-rakan pengakap lain.


Perancangan Awal Sebelum Berkhemah :

1.1 Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan :

. Objektif perkhemahan.

. Bilangan peserta.

. Tempoh perkhemahan.

. Kemudahan asas yang ada dan diperlukan.



1.2 Ciri-ciri tapak atau kawasan yang sesuai :


. Mendapatkan kebenaran dan maklumat.

. Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air.

. Banyak bahan baker.

. Kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta

. Tiada gangguan bahaya.

. Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.

. Hutan yang tidak terlalu terlidung daripada cahaya matahari.

. Tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumput.

. Ciri-ciri lain yang perlu diperhatikan :

. Cuaca dan arah angin.

. Dahan atau pokok yang reput.

. Tebing runtuh atau batu besar yang bahaya.

. Kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir.



1.3 Pembentukan Ahli Jawatankuasa :

~ Mengikut keperluan program.



1.4 Perancangan :

~ Merancang program :

. Pemilihan kawasan yang sesuai

. Keselamatan terjamin.

. Bersesuaian dengan objektif.

. Berkaitan setiap aktiviti.

. Mengembirakan peserta .

. Keseimbangan masa.

. Persiapan peralatan.

~ Aktiviti yang dirancang dalam bentuk :

~ Penilaian

~ Pengujian

~ Pertandingan / kuiz

~ Berhalangan

~ Merancang makanan :

. Tempoh perkhemahan.

. Mempunyai sumber air yang bersih.

. Cara memasak berpusat atau latihan memasak.

. Memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar.

. Memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.

~ Surat-menyurat :

. Surat kebenaran.

. Surat keselamatan.

. Surat pemberitahuan dan lain-lain lagi.



1.5 Persiapan Untuk Menghadiri Perkhemahan :

~ Sebelum Berangkat perlu ada perbincangan :

. Tempat yang hendak dituju.

. Hari dan masa bertolak.

. Tempat berkumpul.

. Kelengkapan yang perlu disediakan oleh setiap individu dan kumpulan.

. Pengangkutan yang digunakan.

. Pembahagian tugas.

~ Semasa hendak berangkat perlu memeriksa dan meneliti :

. Maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga telah diperolehi dan lengkap.

. Semua peserta berada dalam keadaan sihat.

. Kelengkapan peralatan individu dan kumpulan dalam keadaan baik.

. Memakai pakaian seragam pengakap.

~ Semasa tiba di tapak perkhemahan :

. Menghubungi orang berkenaan.

. Mendapatkan sedikit maklumat.

. Memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah.

~ Sepanjang perkhemahan :

. Semua peserta terlibat secara langsung dalam program.

. mengetahui segala peraturan.

. Digalakkan melibatkan penduduk kampong seperti program gotong-royong

~ Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan :

. Perlukan ada mesyuarat khas.

. Meruntuhkan khemah dan binaan seperti gedjet.

. Membersihkan kawasan perkhemahan.

. Mengemaskan dan menyemak keperluan peribadi dan kumpulan.

. Memastikan tiada bara api.

. Menimbus lubang yang dibuat.



1.6 Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan ( bergantung kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta )

~ Keperluan peribadi :

. Pakaian seragam

. Baju-T

. Pakaian sukan / pakaian beribadat

. Selipar / kasut

. Duit poket

. Berus gigi dan ubat gigi

. Sabun mandi dan sabun basuh

. Jam

. Kompas

. Mancis

. Pisau dan parang

. Lampu suluh

. Tali

. Alat tulis

. Sudu dan garpu

. Pinggan, mangkuk dan cawan atau gelas.

. Bekas air

. Perkakas memasak

. Wisel

. Tikar

. Ubat peribadi

. Dan lain-lain


1.7 Keperluan Kumpulan :

. Khemah

. Cangkul

. Tali

. Parang / Kapak / Pisau / Gergaji

. Tukul besi

. Lampu gasoline atau lain-lain.

. Ubat nyamuk

. Dapur minyak atau lain-lain

. Mancis

. Baldi

. Bendera kumpulan

. Lilin

. Dan lain-lain



1.8 Keperluan Memasak ( sekiranya dibawa oleh individu atau kumpulan )

. Pisau ( pelbagai jenis ) / Parang kecil

. Kuali / Cerek

. Baldi / Besen

. Papan cincang

. Penapis

. Pencedok air

. Kain pencuci / Kain pelapik

. Pembuka tin

. Tali

. Span / Serbuk pencuci

. Berus dawai / sabut

. Beras

. Rempah-ratus

. Bahan mentah

. Bahan-bahan lain


1.9 Mendirikan Khemah :

~ Ciri-ciri yang perlu diketahui :

. Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak berpintu. Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah.

. Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke dalam khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas.

. Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau pergunungan.

. Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa.

. Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai melakukan aktiviti pada siang hari.

Mendirikan Khemah :

1. Bersihkan kawasan tapak khemah.

2. Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah.

3. Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang khemah.

4. Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.

5. Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang.

6. Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi khemah ke pancang.

7. Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung.

8. Kemudian taburkan serbuk belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.



Menurunkan Khemah :

1. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.

2. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.

3. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di taman.

4. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah.

5. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.

6. Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.

7. Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.

8. Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan.

9. Bersihkan kawasan perkhemahan

Cara melipat khemah

Monday 13 May 2013

Lagu Pengakap Malaysia


Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia



Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM (The Scouts Association of Malaysia) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab di atas semua aktiviti berpengakap di Malaysia. PPM merupakan sebahagian daripada pergerakan pengakap dunia dan juga merupakan a hli kepada World Organization of the Scout Movement (WOSM).

Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan dalam tahun 1908 dan secara rasminya ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan merupakan salah satu badan beruniform yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia. PPM berdaftar sebagai ahli dengan WOSM pada tahun 1957.

Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Persekutuan Pengakap Malaysia beribupejabat di Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Secara umumnya organisasi pergerakan pengakap dibahagikan kepada beberapa badan. Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya negeri (state commissioner) dan kemudiannya dipecahkan kepada peringkat daerah bagi setiap negeri dimana setiap daerah ketuai oleh pesuruhjaya daerah (district commissioner). Setiap trop dipecahkan kepada beberapa sistem patrol yang mempunyai ketua patrol dan pembantu ketua patrol. Sebuah badan yang dinamakan Majlis ketua Patrol (Patrol Leader Council) akan merancang dan melaksanakan aktiviti trop dengan bantuan dan selenggaraan dari pemimpin trop (troop's scoutmaster). Majlis Ketua Patrol disertai oleh ketua patrol dan pembantu sekiranya bilangan ketua patrol terlalu kecil. Melalui Majlis Ketua Patrol, Ketua Patrol akan dipilih dan dilantik kejawatan Ketua Trop, Pembantu Ketua Trop, Setiausaha, Bendahari dan juga quatermaster.Badan ini dikenali sebagai 'Court of Honour' dan merupakan badan paling ekslusif didalam sesuatu Trop.

MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa.

MISI PENGAKAP MALAYSIA
Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :
  • Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan tidak formal.
  • Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited.
  • Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti yang ternyata dalam Persetiaan  dan Undang-undang Pengakap.

Sejarah Pengakap Malaysia


Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. 
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.

Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yang masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya.

Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.

Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.

Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu.

Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.

Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.

Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.

Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.

Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap Dunia


Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing
golongan secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England  oleh Lord Robert Baden-Powell  yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia".

Powel ialah bekas anggota tentera  berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri  ("Girl Guides") pada tahun 1910  dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.

Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom  tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan ,di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer  1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers, yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.

Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899  menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
Pada 1906 , Ernest Thompson Seton  menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British  tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja.

Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset , England . Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.

Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys  (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge"  dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park  dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).


Undang-undang Pengakap

Undang-Undang Pengakap
  1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 
    Tegaskan bagi menggalakkan kejujuran dan jauhkan dari membuat kesilapan. Jangan beri peluang menipu dalam permainan-permainan dan pertandingan-pertandingan. Paling mustahak semua pemimpin-pemimpin mestilah percayakan budak-budaknya.

  2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja, pemimpin-pemimpin, ibubapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
    Contoh pemimpin-pemimpin adalah diutamakan. Ketua patrol atau ketua sekawan hendaklah setia kepada mereka yang di bawahnya, terutama sekali dalam masa membuat kerja-kerja yang susah.

  3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.
    Berbuat baik menjadi dasar utama. Pemimpin-pemimpin hendaklah memerhatikan dalam perkara ini, terutama sekali dalam masa cara berpatrol.

  4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun
    Galakkan berjumpa dengan terup-terup/ Pek-pek jiran, hadir dalam perkhemahan daerah, malam pengakap/ kebudayaan, sahabat pena. Lawatan keluar negeri, Jambori dan lain-lain.

  5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi-pekertinya dan sentiasa berbudi.
    Perhatikan kelakuan budak-budak, terutama sekali bila keluar di kaki lima, berbasikal, menjaga keselamatan jalan raya, bertimbang rasa kepada orang lain bila menggunakan radio, televisyen, supaya tidak mengganggu jiran-jiran  masa mengadakan pengembaraan waktu malam, permainan malam. Bersopan santun bila bercakap dan bertanya dari segi perbualan.

  6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
    Mengajar budak-budak pengakap membela binatang-binatang, memberi makan dan kasih sayang. Suka kepada ilmu kejadian. Sayang kepada benda hidup. Jangan membunuh binatang tanpa sebab. Binatang liar dan buas yang mengancam nyawa diri hendaklah di bunuh atas sebab nyawa diri diancam.

  7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan Ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
    Tegaskan supaya menurut perintah. Semakin jauh mengembara semakin kuat dikehendaki berdisiplin. Segala perintah hendaklah terang dan munasabah serta boleh dijalankan.

  8. Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
    Ini adalah bagaimana yang diamalkan di dalam Unit Pengakap. Belajar menang kalah dengan semangat-semangat yang sama seperti sukan.

  9. Pengakap adalah jimat dan cermat. 
    Ini termasuk bukan sahaja jimat-cermat kepada wang sahaja bahkan berjimat kepada makanan, menyimpan pakaian, menjaga masa bercakap, menutup pintu selepas menggunakannya, menepati masa. Perbezaan antara cermat dan kedekut.

  10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. 
    Ambil berat di atas keseluruhan jasmaninya. Kemudian atas keseluruhan mentalnya. Cara-cara yang diajar dalam Unit Pengakap sangat mustahak. Sentiasa menggunakan cara-cara sistem berpatrol (Patrol system).