Monday 13 May 2013

Persetiaan Pengakap






Taat kepada Tuhan
  • Tiap-tiap pengakap mestilah beragama, walauapapun Agama sekalipun dan hendaklah beramal dan beribadat dengannya seperti sembahyang dan lain-lain.
  • Melatih kanak-kanak itu bersyukur kepada Tuhan kerana dialah memberi Reseki dan Rahmat.
  • Kita mesti ada maruah kepercayaan pada diri kita, boleh mempengaruhi kanak-kanak itu supaya mahu ikut kita. Ajar mahu diperintah atau ditunjukkan teladan diri kita sendiri.

Taat kepada Raja
  • Raja itu Pemerintah negeri, oleh itu mestilah taat kepadanya atau wakilnya. Segala undang-undang dan Hukuman Negeri hendaklah melatih kanak-kanak mempercayai dan menghormati Undang-Undang adat Istiadat Negara Malaysia.
  • Tahu sedikit sebanyak Bahasa Raja.
  • Mempunyai disiplin dan tatatertib terhadap Majlis-majlis yang dihadiri oleh Raja-Raja.

Taat kepada Negara Malaysia
  • Menghormati dan mengikut Undang-Undang Negara Malaysia.
  • Jujur kepada Negara Malaysia; Pemerintah, Dasar Kerajaan; menyokong dan menyertai Rancangan Gerakan Negara Malaysia.
  • Mengelakkan diri dari kegiatan yang merosakkan dan menjatuhkan imej Negara dan hendaklah menaikkan Imej Negara.

Menolong orang pada setiap masa
  • Dengan rela hati dan jujur memberi bakti atau pertolongan kepada orang-orang yang memerlukan, melalui perseorangan atau gerakerja kumpulan.
  • Menyelamat harta benda dalam sesuatu bencana alam.
  • Menolong dalam berbagai kecemasan dan kemalangan serta sebarang kerja amal yang difikirkan sesuai.
  • Prinsip pertolongan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan Negara, jauh sekali dari upah tenaga.

Menurut Undang-Undang Pengakap
  • Dalam masa melatih budak-budak, tujuan yang mulia hendak dipertimbangkan dan jangan dilupakan dalam proses memberi latihan.
  • Tekanan yang sama hendaklah diberikan dalam latihan perkembangan Rohani, Jasmani dan Akal.
  • Matlamat kita ialah perkembangkan keperibadian yang boleh memberi bantuan yang positif dalam kehidupan mereka.
  • Tujuan kita ialah supaya generasi yang akan datang akan maju dan sedar bahawa khidmat orang lain adalah satu amalan kasih dan bertanggungjawab terhadap Tuhan dan jiran-jiran kita.

No comments:

Post a Comment