Monday, 13 May 2013

Matlamat dan Misi


MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa.  

MISI PENGAKAP MALAYSIA
Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :
  • Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal
  • Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited
  • Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan  dan Undang-undang Pengakap
Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.
Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat di dalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Persetiaan Pengakap






Taat kepada Tuhan
  • Tiap-tiap pengakap mestilah beragama, walauapapun Agama sekalipun dan hendaklah beramal dan beribadat dengannya seperti sembahyang dan lain-lain.
  • Melatih kanak-kanak itu bersyukur kepada Tuhan kerana dialah memberi Reseki dan Rahmat.
  • Kita mesti ada maruah kepercayaan pada diri kita, boleh mempengaruhi kanak-kanak itu supaya mahu ikut kita. Ajar mahu diperintah atau ditunjukkan teladan diri kita sendiri.

Taat kepada Raja
  • Raja itu Pemerintah negeri, oleh itu mestilah taat kepadanya atau wakilnya. Segala undang-undang dan Hukuman Negeri hendaklah melatih kanak-kanak mempercayai dan menghormati Undang-Undang adat Istiadat Negara Malaysia.
  • Tahu sedikit sebanyak Bahasa Raja.
  • Mempunyai disiplin dan tatatertib terhadap Majlis-majlis yang dihadiri oleh Raja-Raja.

Taat kepada Negara Malaysia
  • Menghormati dan mengikut Undang-Undang Negara Malaysia.
  • Jujur kepada Negara Malaysia; Pemerintah, Dasar Kerajaan; menyokong dan menyertai Rancangan Gerakan Negara Malaysia.
  • Mengelakkan diri dari kegiatan yang merosakkan dan menjatuhkan imej Negara dan hendaklah menaikkan Imej Negara.

Menolong orang pada setiap masa
  • Dengan rela hati dan jujur memberi bakti atau pertolongan kepada orang-orang yang memerlukan, melalui perseorangan atau gerakerja kumpulan.
  • Menyelamat harta benda dalam sesuatu bencana alam.
  • Menolong dalam berbagai kecemasan dan kemalangan serta sebarang kerja amal yang difikirkan sesuai.
  • Prinsip pertolongan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan Negara, jauh sekali dari upah tenaga.

Menurut Undang-Undang Pengakap
  • Dalam masa melatih budak-budak, tujuan yang mulia hendak dipertimbangkan dan jangan dilupakan dalam proses memberi latihan.
  • Tekanan yang sama hendaklah diberikan dalam latihan perkembangan Rohani, Jasmani dan Akal.
  • Matlamat kita ialah perkembangkan keperibadian yang boleh memberi bantuan yang positif dalam kehidupan mereka.
  • Tujuan kita ialah supaya generasi yang akan datang akan maju dan sedar bahawa khidmat orang lain adalah satu amalan kasih dan bertanggungjawab terhadap Tuhan dan jiran-jiran kita.

Sunday, 12 May 2013

Logo Pengakap

Logo Pengakap Malaysia

  1. i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
    ii)Menolong orang pada setiap masa
    iii)Menurut Undang-undang Pengakap
  2. Warna kuning, hijau dan merah - melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
  3. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan - melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  4. Ikatan hijau - menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
  5. Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
  6. Warna kuning pada anak bulan dan bintang - menunjukkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
  7. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.


    Logo Pengakap Dunia
    1. i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
      ii)Menolong orang pada setiap masa
      iii)Menurut undang-undang Pengakap
    2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan - melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.
    3. Ikatan putih - menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
    4. Lingkaran tali berwarna putih - melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
    5. Warna ungu - kepimpinan.
    6. Warna putih - kesucian dan kebersihan.

Senarai Perjawatan

Pesuruhjaya (Shamilah bt Hj Masood) 
- SMK Sungai Layar


Timbalan Pesuruhjaya (Azizan b Kasa) 
- SMK Bedong

PPPD Bendahari (Juraida bt Shamsudin) 
- SK Bakar Arang

PPPD Latihan (Zulkafli b Shuib) 
- SJKC Sin Kwang

PPPD Program () 

PPPD Kanak-kanak (Noriskandar b Adenan) 
- SK Pendidikan Khas

PPPD Remaja (Devarajan A/L Munian) 
- SMJK Sin Min

PPPD Hal Ehwal Wanita (Nasseriyah bt Ms Baharudin)
- SMJK Sin Min

PPPD Muda/Remaja (Rozita bt Muhammad) 
- SMK Khir Johari

PPPD Agama (Md Yusoff b Othman) 
- SMK Batu Lima

PPPD Perhubungan (Azizah bt Samsudin) 
- SK Taman Ria

PPPD Pentadbiran (Sayuri bt Zulkipli) 
- SMK Merbok

PPPD Tugas Khas (Armizul b Ishak)
- SK Convent Father Barre

PPPD Tugas Khas (Zahirah bt Othman)
- SMK Kota Kuala Muda

PPPD Tugas Khas (Norhasiah bt Hasbullah)
- SK Seri Gedong

PPPD Kelana (Mustaffa b Marzuki)

Wednesday, 1 May 2013

Agenda Terkini

  1. Laporan Aktiviti Pengakap 2013
  2. Rancangan Program Pengakap Kuala Muda 2014

Eagle Scout Award





William Nedds, 18, of Troop 49 of Oakland, received his Eagle Scout Award during Court of Honor Ceremonies. William earned 131 BSA Merit badges.


Of course you can do that, with perseverance and dedication as well as proper guidance and assistance of your scoutmaster.amazing!

Facebook Kuala Muda

hi! sila mengunjungi Facebook Pengakap Kuala Muda... https://www.facebook.com/groups/545471958826256/